HaPPy NeW YeAr !!!
Isnin, 31 Disember 2007
Talam Ubi Kayu

Salah satu makanan yang menjadi kegemaran DeL sehingga kini....
BAHAN-BAHAN
BAWAH
1 kg ubi kayu (parut) ***
4 cawan air ***
1 cawan gula pasir*
2 cawan air*
2 cawan ubi kayu (parut)
Garam secukup rasa
Beberapa titik pewarna kuning
ATAS
1 liter santan
3 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung kanji
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
CARA-CARA
1) Satukan bahan bertanda *** hingga sebati dan tapiskan airnya.
2) Masakkan bahan bertanda * hingga larut. Biarkan sejuk.
3) Gaulkan bahan *** dan * bersama ubi kayu parut , garam dan pewarna kuning hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang atau bekas kegemaran anda (yang tahan kukus) dan ratakan. Kukuskan selama 30 minit.
4) Satukan bahan atas dan tapiskan. Jerang di atas api kecil hingga panas (bukan mendidih).
5) Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak selama 45 minit.
6) Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidang.
Khamis, 27 Disember 2007
Jom Nyanyi...
You're My Everything
Santa Esmeralda
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
In the sky, tell me I'm in love.
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love.
You're my everything
And nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning
With those big brown eyes.
You're my everything
Forever everyday I need you
Close to me
You're my everything
You'll never have to worry
Never fear for I am near.
Oh, my everything
I live upon the land
And see the sky above
I swim within her oceans
Sweet and warm
There's no storm, my love.
When I hold you tight there's nothing
That can harm you
In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love.
Selasa, 25 Disember 2007
Jom Nyanyi.....
Kartina Dahari
Sayang Di Sayang
Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan
Murai terkejut berkicau-kicau
langit mendung di liputi awan
Alamat bumi di sirami hujan
Sayang di sayang
Hati ku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan
Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung di tinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang
Isnin, 24 Disember 2007
Sehari Di Bukit Tinggi
Seronok tul dapat jenjalan ke Bukit Tinggi sambil menikmati udara segar.....Walaupun terpaksa menyewa suite yang harganya RM288 . Tapi aku puas hati sangat....Sebab mengimbau nostalgia de france...Malamnya aku pesan Pizza dari restoran kat bawah tu..sedap tul...Dan siang harinya aku mengejar badut lak sebab nak belon...hehehehe
Mexican Coleslaw

Bila dah tak de mood nak makan berat - berat....kita makan ringan - ringan lak.....
BAHAN - BAHAN
6 cawan kobis (hiris nipis)
1 1/2 cawan lobak merah (buang kulit dan parut halus memanjang)
1/3 cawan cilantro (cincang)
1/4 cawan cuka
2 sudu besar extra-virgin olive oil
1/4 sudu besar garam
CARA - CARA
1) Masukkan kobis dan lobak merah ke dalam colander. Bilas bersih dengan air ais. Toskan selama 5 minit.
2) Dalam mangkuk besar adun sebati cilantro, cuka , olive oil dan garam. Masukkan kobis dan lobak merah. Gaul rata. Siap utk hidangan.
Sabtu, 22 Disember 2007
Hello Bread
Resepi ni diolah sendiri oleh DeL..Tak tau nak buh nama apa...jadi la hello bread sebab time tengah dok dlm oven kena selalu jenguk n cakap 'hello' coz takut terbako hangus..heheheBAHAN - BAHAN
8 keping roti
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh thyme
2 keping daging burger (goreng hingga masak dan cincangkan)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1/2 batang timun (parut panjang)
1 biji bawang besar (potong bulat nipis)
1-2 biji tomato (potong bulat)
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sos Thousand Island secukupnya
Sos Cili secukupnya
Marjerin secukupnya
CARA - CARA
1) Sapukan setiap permukaan roti dengan marjerin. Leserkan juga loyang dengan marjerin. Bahagikan roti kepada 2 bahagian. Susun kemas bahagian pertama dalam loyang. Pukul sebiji telur sedikit. Curahkan ke atas roti di dalam loyang tadi. Bakar selama 10 minit dalam ketuhar. Keluarkan dan ketepikan.
2) Gaulkan daging burger bersama rosemary, thyme, kicap pekat, sos tiram, timun, bawang besar, lada sulah hingga sekata. Lapiskan atas roti di dalam loyang dan bakar selama 10 minit lagi.
3) Keluarkan dari ketuhar dan curahkan pula thousand island dan sos cili di atas lapisan daging. Susun baki roti tadi di atasnya. Pukul sebiji telur lagi bersama garam dan curahkan ke atas lapisan roti ini. Susun tomato dan hiaskan dengan sos cili. Bakar hingga masak (sentiasa jenguk ke dalam oven, takut hangus). Hidang ketika panas.
Langgan:
Ulasan (Atom)







