Sabtu, 22 Disember 2007

Hello Bread

Resepi ni diolah sendiri oleh DeL..Tak tau nak buh nama apa...jadi la hello bread sebab time tengah dok dlm oven kena selalu jenguk n cakap 'hello' coz takut terbako hangus..hehehe



BAHAN - BAHAN
8 keping roti
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh thyme
2 keping daging burger (goreng hingga masak dan cincangkan)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1/2 batang timun (parut panjang)
1 biji bawang besar (potong bulat nipis)
1-2 biji tomato (potong bulat)
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sos Thousand Island secukupnya
Sos Cili secukupnya
Marjerin secukupnya
CARA - CARA
1) Sapukan setiap permukaan roti dengan marjerin. Leserkan juga loyang dengan marjerin. Bahagikan roti kepada 2 bahagian. Susun kemas bahagian pertama dalam loyang. Pukul sebiji telur sedikit. Curahkan ke atas roti di dalam loyang tadi. Bakar selama 10 minit dalam ketuhar. Keluarkan dan ketepikan.
2) Gaulkan daging burger bersama rosemary, thyme, kicap pekat, sos tiram, timun, bawang besar, lada sulah hingga sekata. Lapiskan atas roti di dalam loyang dan bakar selama 10 minit lagi.
3) Keluarkan dari ketuhar dan curahkan pula thousand island dan sos cili di atas lapisan daging. Susun baki roti tadi di atasnya. Pukul sebiji telur lagi bersama garam dan curahkan ke atas lapisan roti ini. Susun tomato dan hiaskan dengan sos cili. Bakar hingga masak (sentiasa jenguk ke dalam oven, takut hangus). Hidang ketika panas.

Tiada ulasan: