Rabu, 19 Disember 2007

Kek Pelangi Karemel

Hidangan Utk Hari Raya Qurban ...


BAHAN - BAHAN KEK SPAN VANILLA
250 g tepung kek span vanilla
4 biji telur grade A
50 ml air
80 gram mentega (dicairkan)

Pewarna merah jambu, kuning dan hijau secukupnya.

BAHAN - BAHAN PUDING
1 paket campuran puding karemel (ada dijual di kedai alatan membuat kuih)
1 liter susu segar

BAHAN - BAHAN KARAMEL
5 sudu besar gula
3 sudu besar air


CARA-CARA MEMBUAT KEK SPAN PELANGI

Masukkan tepung dan telur ke dalam mixer dan pukul hingga pekat.Tambahkan air dan pukul lagi hingga gebu dan lembut.masukkan mentega dan gaul hingga sebati.Bahagi kepada 3 bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah jambu, satu bahagian kuning dan satu ahagian hijau.Tuangkan secara berselang seli adunan bewarna ke dalam acuan 9X9 (kalau boleh dapatkan loyang yang boleh di tanggalkan tepinya) dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Biarkan sejuk.Jangan tanggalkan dari loyang.

CARA - CARA MEMBUAT PUDING KAREMEL
KAREMEL : Masukkan gula ke dalam periuk dengan 2 sudu besar air. Masak di atas api kecil. Biarkan sedikit perang, masukkan 1 sudu besar air lagi. Kacau hingga sedikit pekat dan tutup api .Ketepikan.

PUDING : Masak susu hingga panas. Masukkan campuran puding karemel. Biarkan memdidih sekejap. Tutupkan api.

CARA PENYEDIAAN
1) Tuangkan adunan puding yang telah di masak ke atas kek span(masih dalam loyang). Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
2) Keluarkan dari peti sejuk dan glisskan karemel di atasnya. Masukkan semula ke dalam peti sejuk. Sedia dihidang dalam masa 1 jam.

Tiada ulasan: