Rabu, 12 Disember 2007
Jemput - Jemput Udang
Jemput - jemput ni makan kat mukah sarawak hari tu..sedap sangat..jadi apa lagi, aku pun masuk la jenguk dapur kedai tu...nasib baik tak kena ketuk dengan senduk sebab mengintai dapo org..hehehe...tapi itu lah aku...suka selongkar dapo org utk blajar ilmu masakan...
Bahan - Bahan ( Jemput-Jemput)
10 ekor udang sedang (buang kulit dan cincanh lumat)
5 biji cili api (cincang halus)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1 sudu besar baking powder
300 gram tepung gandum
100 gram serbuk roti
1 butir telur
1 sudu teh kunyit
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Air suam secukupnya
Minyak utk menggoreng
Bahan - Bahan (Kuah)
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
1 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 cawan air
5 sudu besar kacang tumbuk
Cara - Cara (Jemput - Jemput)
1) Ayak tepung bersama baking powder ke dalam mangkuk. Masukkan gula, garam, kunyit, udang, cili api dan telur. Gaul rata. Tambahkan air suam dan adun hingga boleh dijemput. Akhir sekali gaulkan serbuk roti ke dalamnya.
2) Panaskan minyak. Jemputkan ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
Cara- Cara (kuah)
1) Masak kesemua bahan dalam periuk hingga sedikit pekat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan